July 17, 2013

8 Ramadan

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah aku dah mula berhijab.
Start dari bulan Sya'ban kalau tak salah.
Mungkin aurat aku masih tak tertutup dengan sempurna.
Tapi aku mencuba untuk memperbaiki kekurangan tu.

Ape yang aku kongsi kat sini bukan nak menunjuk.
Jauh sekali riak tentang diri sendiri.
Kengkawan yang terbace terlintas tersepak tu,
doakan aku okey. =)

Aku pun turut sama doakan kengkawan yang freehair tu.
Moga ramadan kali ni penuh rahmat untuk kita semua.


New ordinary me =)




July 14, 2013

Kejadian 12 Julai 2013

Alkisah member lama aku kat Klang Utama masuk hospital,
pasal kene tetak dengan india.Agak terok la kan dan aku rase ramai
yang tahu pasal ni melalui media.

Jadi hari khamis malam tu aku pegi la beli tiket bas,naik ari jumaat 12/7/13,11pagi.
Tiket mahal skang,aku yang konon nak berjimat beli la tiket SP BUMI.
Aku tak penah naik pon bas ni,biase naik Sani,Mahligai,Perdana & Mutiara.

Nak dijadikan cerita ari jumaat tu,mami hantar la gi bustop kat Paka ni.
Tunggu dalam 10minit camtu bas sampai.Aku tunggu kat kereta sebab biasa memang
aku tak tunggu betul2 kat pondok bas tu,Tade la jauh,tak sampai 10meter pun.

Bas berhenti betul2 kat depan pondok tu.Aku terus menapak gi kat bas,tak sempat
salam mami pun.Aku nampak sorang penumpang naik & terus berjalan bukan
melenggang okeh.Tengok penumpang bape kerat je,tak ramai pun.
Lagi berape langkah je aku nak sampai kat pintu bas,driver dah tutup pintu
& terus gerak.Aku makin laju then sempat la tengok destinasi bas
kat cermin besar depan bas tu.Sambil lari2 anak aku lambai2 tapi tak berhenti pun!!!

Aku nak gi tny kat kaunter tu tp mamat kaunter tu dah tengok kejadian bas tinggal aku
dan berlaku la sesi bertekak kat situ.Boleh die soh aku beli tiket lain plak,aku marah
la bukan salah aku.Time tu memang ppppffttt betul lah.Mamat tu soh aku tunggu bas 12.30
guna tiket aku tu.So sejam lebih lagi.Dia cakap boleh,dah bagitau driver bagai.

Aku pun tunggu dengan mami.Padahal dalam hati macam berat je,rase kene kencing.
Berbulu dah aku tunggu,datang bas tu,Bagi je tiket kat driver,dah kitorang bertekak pulak.
Driver tu salahkan aku kene tinggal bas,& cakap kalo ade penumpang kat Kuantan nanti,
aku kene duk kat tangga.Eh eh,bengkak pulak hati aku time tu.Dah bertekak sampai orang pandang,
aku pon ajak mami balik.Boleh driver tu baling tiket aku tadi.Sangat mintak kaki yee..

Ya Allah,aku punye bengang tahap kritikal da.Tak penah kene lagi camni.
Dalam hati,memang segala benda aku dah sumpah seranah.dah la bulan pose ni!
Mami pon membebel,& cakap adik aku Boy penah kene time nak gi Kuantan.
Itu lagi la langsung tade bas berhenti.watdeerrrff!

Dengan terjadi nya situasi ini,aku mintak2 la SP BUMI ni lingkup.
Dengan staf tak beretika.Driver yang buta kayu.Ba alip ngang.
Kengkawan aku harap jangan nak naik bas bodoh ni oke.
Biarlah bas lain mahal sket pon naik je,asal bukan SP BUMI.

#Kalau lah aku ade kuasa boleh sepak terajang mamat kaunter & driver tuu..grr!


July 03, 2013

Wanita Disember 1995

3 hari lepas aku pegi klinik gigi.
Teman adik aku cabut gigi lah kan.
Tengah menunggu tuh,ade la majalah
untuk hilangkan kebosanan.
Apesal ayat aku macam....err?

Pedulikan.

Pastu kan aku bace la majalah Wanita keluaran Disember 1995.
Banyak gila kot yang lawak.muahaha!
Ade gambar KRU pakai baju bapak gila besar!
Sakit rahang aku mengekek kat klinik tuh.haha

Tapi yang best,gambar perempuan pergi gym.
Aku an penah keje kat Fitness,so bende tu sangat
menggeletek hati aku then terus soh adik aku snap
gambar tu..



Tadaaaaa!!!!




Baju  die unik kot!hahahaha



Is it sport's attire????bunga-bunga???

HAHAH!


Si Gila.

Aku ade kawan.
Dia gila.
Aku pon tak paham.
Tapi sejujurnya dia gila.

HAHAH!

Beliau adalah sahabatku Nadiah.
Aku musykil macam mana dan bagaimana
dia ade idea untuk mengarut carut kat blog dia tuh.
Tatabahasa dan peribahasa lagi budi bahasa beliau
sangat urmmpp lagi bernas tatkala menyuarakan apa
yang terpendam di kepala hotak beliau.

Oh Nadiah.

Tapi yang best,ape yang die cakap tu betol.
Sungguh dia tak tipu hokay??

Aku penat gelak.Serius.!!
HAHAHAH!

Aku rasa aku pon dah gila.

May 06, 2013

PRU13

Assalamualaikum.

Seperti yang kita tahu,BN menang PRU13.
Aku redha tetapi aku anggap tidak adil setelah mengambil kira
ape yang terjadi pada pilihanraya ni.

Ye,bukan mudah untuk PR menang kali ini.
Mungkin Allah tidak mengizinkan lagi kemenangan di pihak PR.
Tapi aku agak sedih bila rakyat tertipu.

Kepada Malaysia,janganlah diungkitkan isu perkauman.
Ini lebih memudaratkan untuk kita sendiri.
Perkauman ini dicetuskan oleh merek yang jahat.
Baik di kalangan kita sendiri orang Melayu,
atau di kalangan orang India & Cina.
Tak semua Melayu baik.
Tak semua Cina jahat.
Tak semua India jahat.
Luaskan pemikiran kalian untuk menilai

Ini hanya pandangan aku.
Pandangan kerdil seorang rakyat Malaysia.
Pandangan dari seorang hamba Allah.

Penyokong PR,harap kalian sabar.
Jangan cepat melatah.
Perjuangan masih belum tamat.

Penyokong BN,andai pihak kalian betul,
bimbing kami ke arah kebenaran sepatutnya.
Andai pihak kami betul,moga Allah permudahkan
urusan kita semua.

Janganlah kalian mencaci sesama sendiri.
Jauhi sifat-sifat negatif.
Kitakan rakyat Malaysia..*senyum =)

Sekarang,hanya berdoa moga BN dapat mentadbir
Malaysia kita dengan telus & amanah.
Moga tanggungjawab dapat dipikul dengan kepimpinan
yang ikhlas demi agama,bangsa & negara.

Wassalam.

May 02, 2013

Ini Kalilah!

Aku tak sokong BN.
Semua orang ade pandangan masing-masing.
Kawan-kawan aku ade yang sokong BN.
Aku tak peduli.
Aku menilai pada fakta.
Pandangan kite berbeza.
Tapi aku respect sesama sendiri,
Selagi tidak melebihi batas-batasnya.
Aku tak pandai berhujah.
Cukup aku mahukan perubahan.
Adil tanpa tipu rakyat.
Negara demokrasi.
Tanpa ada kezaliman dalam tak sedar.
Moga Allah membantu hamba-Nya untuk PRU 13.
Ubahlah demi masa depan.
Buat la pilihan yang bijak 5 mei nanti.
Ini kalilaahh..!

April 15, 2013

Wedding Afifa My Cousin

Holla holla~
Okay aku boring so mari kite..
12 Mac 2013,sepupu aku yang dipanggil Kak Siti selamat menjadi
isteri kepada Fahmi.Tak silap dorang kenal dari teknik Klang dulu sampai
skang..Waahh~alhamdulillah jodoh panjang..
Meh kite tengok gambaaaarr~


tema purple okayy..eh,pengapit..=)



my big family..roy tade,papa pun tanak masuk frame..hihi


yang kiri tu my sista,ena..yang duduk tu my cousin syafirah..



alamak..mane kamera ni..uweeii~



my papa & mummy..sweet gitu..=)



oh yeah pengapit teman pengantin makan..woot woot~



timekasih banyak-banyak kat mummy for this peplum..hehe
mummy jahit peplum tapi bunga tu aku yang buat okay..

tahniah buat Kak Siti & Fahmi,moga kalian bahagia dunia akhirat,ameen.

April 08, 2013

8 April 2013

Bosan.
Malas.
Pening.

3 perkataan yang aku rase skang ni,kat opis.
Rase nak tumbang.
Ke sebab aku tak makan lagi?

Aku malas gerak ke mana-mana.
Malas balik umah makan.
Malas nak bangun dari kerusi.

Sudahnya lantak kau la shareen.
Merepek.

February 27, 2013

Si Dia ZK

Dari pagi sampai la petang,tade keje kt ofis..
Then,suddenly teringat kat arwah Zurina..
Rindu gile tahap ape da weh..
Bagi mengubat rase rindu tuh,aku usha blog die..
 
Start dari entry memula,sampai latest..
Iaitu hari terakhir arwah kat bumi Allah ni..
Satu per satu entry aku bace,boleh gelak-gelak plak tuh..haha
Kelaka dengan ayat-ayat die,cerita yang die post,kenangan kami..
Dush!..rase macam die ade lagi je..macam still ade menceriakan blog die tu..
 
Aku ni sentimental gak..Tapi kadang tuh x reti nak tunjuk..
Bertuah sangat dapat berkawan dengan arwah Zu,Dya & Wan..
Tade la susah mane pon nak jage hubungan ni,sebab diorang tingtong..
Senang je nak settle masalah wei..
 
Aisshh..sumpah rindu gile kat korang..
Kenangan bersama kat Kuantan..
Habiskan mase bersama pagi petang siang malam..
Buat benda bongok sesame..wakakaka
Happening kot..kutuk sesame sendiri..
Bahan sesame sendiri..
Kongdam sesame sendiri..hiks
 
Oh Zurina.aku rindu kau sangat-sangat..
Aku tahu Dya & Wan pon rase bende yang same..
Kalau la kau masih ade..
Al-Fatihah..


February 25, 2013

Last Night Story.

Selamat pagi kepada sesiapa yang membace..holla hollaa..
Aku tak tahu la same ade orang bace tak blog aku nih..haha

Okay,straight to the point..
I wanna tell you guys that last night my HK pegi main futsal..
And after 2 hours,die text cakap,muke kene 2 jahitan..
Gara-gara kene lutut player lain..muahaha!

Tak tau nak cakap ape..Bende tak teruk pon..
Tapi memang berparut la pasni..
Aiyo..da la garang,ade parut lak tuh..
hahaha..

Tu je aku nak cite..menambahkan entry kat blog ni..
So kepada kengkawan,berhati-hati la bermain yup..
=))


February 20, 2013

The first early 2013.

Lame tak bukak blog nih.Kekok pon ade,terkial-kial pon ade.
Tengah bosan ni,tu yang rajin sangat nak layan balik blog ni.
Selepas 6 bulan aku keje kat Kuantan,skang keje kat Paka pulak.
Kalau nak ikutkan,tade yang best pon kat sini.Tapi,sini sebenarnya
banyak peluang pekerjaan.Cuma aku tak pernah nak bersungguh mencari.

Dah 2 minggu lebih keje dengan company papa.
Segala-galanya baru nak mula.Baru 6 bulan je company ni.
Tanggungjawab yang aku galas skang ni lebih besar la kan.
Nampak gaya memang dah tak boleh fikir pasal enjoy yang melampau.
Hehe.Ayat nak best je..

Rutin skang,bangun pagi,kadang beli breakfast,kadang tu hantar adik sekolah si Shah.
Baru la siap-siap pegi keje.Haa..Tengahari balik hantar adik paling bongsu pulak.
Pastu makan,pastu amek Shah,pastu masuk ofis balik.Petang balik,ade keje je balik lewat.
Nampak tak aku macam mak-mak.haaha!Malas nak nyusahkan Mummy,
die nak masak lagi,basuh baju lagi.Aku wat kadang-kadang benda tu sume.
Lagi-lagi skang ni tangan alergic.Takley kene sabun.Haish..
Time sanggup tahan,langgar je.Pedih memang la pedih ..

Sejak balik Paka ni,dengan HK pon jarang nak contact.
Masing-masing ade benda kene buat.Tambah-tambah die asek oustation je.
Bermula la episod jumpa 2 3 bulan sekali.hehe..

Eh,da 5.40pm lah!Nak balik da..Cepat je mase berlalu hari ni.
Tapi rumah dekat sangat,nun di belakang sane.Tak sampai 5 minit da sampai.
Nanti kalo ade ape-ape,aku update lagi.Selamat pulang!=)



June 04, 2012

Superb!

aku gila wedges.
oppss!
aku takde koleksi pon.
sebab aku jarang sangat-sangat pakai.
tapi bile tengok,aku rase nak beli nak beli.
aiy00~mari kita~~


merah menyala ouh jantungku!
garangnye merah.
*geram.



okay,aku sukeeeeeee...
be mine pleaseeeeee..=)





color febret.purple!
waallaahh!
pakai time date ni mesti awesome!


kuning+pink=gorgeous.
damn u.
nak nak nak.


uiy00h!
taknak tinggi lagi?
haha.
sumpah cun.sexy.hot.
hey darling,belikan boley tak??
=))

teringin sangat nek pakai wedges nih!
money money money~
come to mamaaaaaaaa~



May 23, 2012

Bila Fikirkan Masalah.


fikir.fikir.dan fikir.
ouh,aku memang jarang sangat nak berfikir teruk-teruk.
skang aku dilanda masalah.
tak tahu nak buat ape.

tekanan kepala hotak aku bile fikirkan masalah.
aduuhh..
tolong..
nak senyum pon tak ikhlas nih..
hmm..


Ya Allah,permudahkan lah segalanya.
Amin.

HK

to my dearest Hamzah Kamal,


i will never let you go
no matter how much reasons you have
to dump me.

May 22, 2012

Friends.

okay,entry kali ni pasal sahabat,kawan a.k.a sebahagian daripada hidup kita.
dulu,time sekolah,aku pernah kalah dengan lumrah kehidupan.
aku tak pandai berkawan,tak pandai pilih kawan.
abaikan.
boleh ke kite hidup tade kawan?
okay,kalo ade yang cakap boleh tu aku tak tahu dorang camne.

sahabat ni sebahagian daripada hidup kite.tak kira la dorang depan mate ke,jauh ke,
sekali aku iktiraf dorang sebagai sahabat,sampai bile-bile dorang tetap di hati.

boleh tahan jugak ayat-ayat aku ni.haha
aku tak tahu la camne dorang menilai aku kan.
aku tak tahu sangat camne tanggapan dorang kat aku.
aku bukan sempurna.aku ni tah pape.banyak yang kurang.
tapi aku dengan rela hati akan menjadi the best lah!uweeii~

tak kisah la an bape jauh pon jarak kite,bape lame da x hang out berjimba beronggeng,
aku tetap sayang dorang.
dorang ade yang kat KL,Pahang,tak lupe yang telah kembali ke Maha Pencipta.

okay,Allah yang menentukan perjalanan hidup hamba-Nya.
pertemuan aku dengan dorang time kat kolej.
panjang pulak kalau nak story mory.
tapi sem 2,kitorang start rapat.sampai skang.


saat ni,kitorang jauh.so masing-masing menjalani kehidupan cam biase.
aku kat sini kenal dengan Huda.sahabat baru.
tak tahu kenapa aku senang berkawan dengan die.
harap-harap kitorang berkawan elok sampai bile-bile.



comel pulak haram kejadah ni.pandai aku google.haha
aku sayang korang lah!





yang dipanggil sahabat memang camni.
tadenye dorang nak kutuk belakang-belakang.
da jadi trademark da bab mengutuk sesama sendiri.
pastu,gelak sesama sendiri.
indah kan?haha



kite mesti tegur kalau muke kawan kite tu comot an.
makan tak senonoh.hahaha.
"eryn makan burger mesti comot.donut pon same"
ayat yang selalu aku dengar dulu bile kitorang makan burger & donut.





awak.awak.awak.kau.kau.kau.
dia.dia.dia.dia.dia.



i miss u girls.i really do.


luv u girlsssssss!

May 20, 2012

One In A million

okay,lagu ni sangat bermakna untuk aku.
mase mula-mula kenal dengan HK dulu,die tuju lagu ni untuk aku.

Jetsetter  
Gogetter  
 Nothing better
 
Call me Mr. been there done that  
Top model chick to your every day hood rat 
Less than all but more than a few 
But I've never met one like you

Been all over the world 
Done a little bit of everything 
Little bit of everywhere  
With a little bit of everyone  
All the girls I've been with  
Things I've seen it takes much to impress  
But sure enough your glow it makes your soul stand out from all the rest, baby.

 I could be in love But I just don't know (don't know, girl) 
Baby one thing is for certain  
Whatever you do is working  
Other girls don't matter In your presence can't do what you do  
There's a million girls around but I don't see no one but you 

 Girl you're so one in a million  
You are baby you're the best I ever had  
Best I ever had  
And I'm certain that  
There ain't nothing better  
No there ain't nothing better than this
 
You're not a regular girl  
You don't give a damn about the loot  
Talking about I can't do for you  
But you can do for yourself  
Even though that ain't so  
Baby cause my dough don't know how to end  
But that independent thing I'm with it  
All we do is win baby

 I could be in love But I just don't know (don't know, girl) 
Baby one thing is for certain  
Whatever you do is working  
Other girls don't matter In your presence can't do what you do  
There's a million girls around but I don't see no one but you 

Baby you're so one in a million  
You are baby you're the best I ever had  
Best I ever had  
And I'm certain that  
There ain't nothing better  
No there ain't nothing better than this

Diamond girl,  
Only one in the world
 Just one of a kind,  
She mine.
 
Ooh all that I can think about is what this thing could be  
A future baby  
Baby you're one of a kind  
That means that you're the only one for me  
Only one for me

Baby (girl) you're so one in a million  
You are Baby you're the best I ever had Best I ever had  
And I'm certain that 
There ain't nothing better  
No there ain't nothing better than this  
Girl you're so one in a million  
You are  
Baby you're the best I ever had Best I ever had  
And I'm certain that  
There ain't nothing better  
No there ain't nothing better than this

*P/s :  copy and paste je..nak pulak aku taip panjang-panjang.peace!
i luv u.

May 17, 2012

TIME

hidup yang agak membosankan.
tapi skang ni,aku ade kawan-kawan kat paka ni.
hari-hari rutin same je.
bile nak dapat keje yang best..??aigoo..

sebenarnya rindu kehidupan dulu.
dengan mereka.tapi skang da jauh.
jarang bercite,bergosip..
jauh sekali nak gelak-gelak kutuk sesama sendiri.hehe

hmm..sahabat oh sahabat.
sumpah rindu kat korang.
=(


June 22, 2011

Just For Nothing.

Waaa..agak lame aku tak menaip..haha
Sesungguhnye aku sangat busan da skang nih..tahap tapir
pegi makan angin kat uma sedara mara die nun di Mesir..



Nak cite ape nih??yang sebenarnye,aku sangat la rindu kat
mereka bertiga.Nadya,Wan dan arwah Zurina..
2 minggu lepas da jumpa Dya,tapi mane nak lengkap
pertemuan asmara kami kalo x cukup ahli..
Rindu rindu rindu!!!!

Bile agaknye dapat jumpe makhluk-makhluk nie..
Rindu arwah Zurina..rindu sume bende yang kitowang
penah wat sesame..rindu lah!

Ermm.....bile nak pakai tepon canggeh nih?
Boley simpan video kitowang yang hampeh tuhh..=)

Cite pasal keje plak,aku da busan keje cini..
Da la tade life..tah hape-hape..balik keje,tido..huh..
Keta pon tade..jangan kan keta,lesen pon aku tade lagi..wakakaka!
Hujung bulan ni macam-macam nak pakai duit..
Hutang orang,adik nak masuk study..
Memang tak dapat la aku nak pakai tepon canggeh..=(

March 31, 2011

Petronas Dagangan Kuantan.

Helow!hee..aku da keje..hari ni masok 4 hari aku keje.
Setelah sekian lame aku menganggur,akhirnya dapat
gak keje kat Pelabuhan Kuantan.wuhuuu~

Keje ni orang yg belaja SPM pon boley.hehe
Nak ikutkan,tak ngam langsung la dengan mereka-mereka
yg berkelulusan diploma.huuu..(macam bajet je ayat aku ni)..

Tugas aku sebagai work leader dimana jawatan ini selalu
dipegang oleh kaum adam.Mane tak nye,nak jage budak-budak
keje,nak kene tau dowang wat keje ape,nak kene tadah telinga
orang atas marah-marah,nak kene menjawab soalan-soalan dorang.
Ape lagi??ha..paling penting,untuk wat permit bekerja.
Kalo x,keje x dapat dijalankan.huu..

So,pagi-pagi aku kene ngadap 3 orang pegawai petronas untuk
dapatkan tandatangan dowang.hoho..time tu la dowang tanya
itu ini.Kene la pandai menjawab ye adik-adik..hehe..Da habes wat keje
pon kene tutup dan dapatkan tandatangan dowang gak..

Walaupun aku keje kat Pelabuhan Kuantan,tapi aku stay kat
chalet Cherating.da x jumpe umah kat area balok.huuu..
Best sebab tepi pantai,tapi aku x melepak pon kat pantai.
N pon kire best ade cc..kalo x,ntah la..berkarat hotak
aku x dapat nak online..hihik..Tapi kat cini kan,ramai kapel
yg honeymoon!hoho..

Dala kene berpanas.Da macam hape da nih..hoho
Sebulan lak tuh projek ni..nak wat camne,terima je la kan.
Tu je nak cite setakat ni..hehe

Next projek=shutdown kat MTBE Gebeng.