July 17, 2013

8 Ramadan

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah aku dah mula berhijab.
Start dari bulan Sya'ban kalau tak salah.
Mungkin aurat aku masih tak tertutup dengan sempurna.
Tapi aku mencuba untuk memperbaiki kekurangan tu.

Ape yang aku kongsi kat sini bukan nak menunjuk.
Jauh sekali riak tentang diri sendiri.
Kengkawan yang terbace terlintas tersepak tu,
doakan aku okey. =)

Aku pun turut sama doakan kengkawan yang freehair tu.
Moga ramadan kali ni penuh rahmat untuk kita semua.


New ordinary me =)




July 14, 2013

Kejadian 12 Julai 2013

Alkisah member lama aku kat Klang Utama masuk hospital,
pasal kene tetak dengan india.Agak terok la kan dan aku rase ramai
yang tahu pasal ni melalui media.

Jadi hari khamis malam tu aku pegi la beli tiket bas,naik ari jumaat 12/7/13,11pagi.
Tiket mahal skang,aku yang konon nak berjimat beli la tiket SP BUMI.
Aku tak penah naik pon bas ni,biase naik Sani,Mahligai,Perdana & Mutiara.

Nak dijadikan cerita ari jumaat tu,mami hantar la gi bustop kat Paka ni.
Tunggu dalam 10minit camtu bas sampai.Aku tunggu kat kereta sebab biasa memang
aku tak tunggu betul2 kat pondok bas tu,Tade la jauh,tak sampai 10meter pun.

Bas berhenti betul2 kat depan pondok tu.Aku terus menapak gi kat bas,tak sempat
salam mami pun.Aku nampak sorang penumpang naik & terus berjalan bukan
melenggang okeh.Tengok penumpang bape kerat je,tak ramai pun.
Lagi berape langkah je aku nak sampai kat pintu bas,driver dah tutup pintu
& terus gerak.Aku makin laju then sempat la tengok destinasi bas
kat cermin besar depan bas tu.Sambil lari2 anak aku lambai2 tapi tak berhenti pun!!!

Aku nak gi tny kat kaunter tu tp mamat kaunter tu dah tengok kejadian bas tinggal aku
dan berlaku la sesi bertekak kat situ.Boleh die soh aku beli tiket lain plak,aku marah
la bukan salah aku.Time tu memang ppppffttt betul lah.Mamat tu soh aku tunggu bas 12.30
guna tiket aku tu.So sejam lebih lagi.Dia cakap boleh,dah bagitau driver bagai.

Aku pun tunggu dengan mami.Padahal dalam hati macam berat je,rase kene kencing.
Berbulu dah aku tunggu,datang bas tu,Bagi je tiket kat driver,dah kitorang bertekak pulak.
Driver tu salahkan aku kene tinggal bas,& cakap kalo ade penumpang kat Kuantan nanti,
aku kene duk kat tangga.Eh eh,bengkak pulak hati aku time tu.Dah bertekak sampai orang pandang,
aku pon ajak mami balik.Boleh driver tu baling tiket aku tadi.Sangat mintak kaki yee..

Ya Allah,aku punye bengang tahap kritikal da.Tak penah kene lagi camni.
Dalam hati,memang segala benda aku dah sumpah seranah.dah la bulan pose ni!
Mami pon membebel,& cakap adik aku Boy penah kene time nak gi Kuantan.
Itu lagi la langsung tade bas berhenti.watdeerrrff!

Dengan terjadi nya situasi ini,aku mintak2 la SP BUMI ni lingkup.
Dengan staf tak beretika.Driver yang buta kayu.Ba alip ngang.
Kengkawan aku harap jangan nak naik bas bodoh ni oke.
Biarlah bas lain mahal sket pon naik je,asal bukan SP BUMI.

#Kalau lah aku ade kuasa boleh sepak terajang mamat kaunter & driver tuu..grr!


July 03, 2013

Wanita Disember 1995

3 hari lepas aku pegi klinik gigi.
Teman adik aku cabut gigi lah kan.
Tengah menunggu tuh,ade la majalah
untuk hilangkan kebosanan.
Apesal ayat aku macam....err?

Pedulikan.

Pastu kan aku bace la majalah Wanita keluaran Disember 1995.
Banyak gila kot yang lawak.muahaha!
Ade gambar KRU pakai baju bapak gila besar!
Sakit rahang aku mengekek kat klinik tuh.haha

Tapi yang best,gambar perempuan pergi gym.
Aku an penah keje kat Fitness,so bende tu sangat
menggeletek hati aku then terus soh adik aku snap
gambar tu..



Tadaaaaa!!!!




Baju  die unik kot!hahahaha



Is it sport's attire????bunga-bunga???

HAHAH!


Si Gila.

Aku ade kawan.
Dia gila.
Aku pon tak paham.
Tapi sejujurnya dia gila.

HAHAH!

Beliau adalah sahabatku Nadiah.
Aku musykil macam mana dan bagaimana
dia ade idea untuk mengarut carut kat blog dia tuh.
Tatabahasa dan peribahasa lagi budi bahasa beliau
sangat urmmpp lagi bernas tatkala menyuarakan apa
yang terpendam di kepala hotak beliau.

Oh Nadiah.

Tapi yang best,ape yang die cakap tu betol.
Sungguh dia tak tipu hokay??

Aku penat gelak.Serius.!!
HAHAHAH!

Aku rasa aku pon dah gila.