July 03, 2013

Wanita Disember 1995

3 hari lepas aku pegi klinik gigi.
Teman adik aku cabut gigi lah kan.
Tengah menunggu tuh,ade la majalah
untuk hilangkan kebosanan.
Apesal ayat aku macam....err?

Pedulikan.

Pastu kan aku bace la majalah Wanita keluaran Disember 1995.
Banyak gila kot yang lawak.muahaha!
Ade gambar KRU pakai baju bapak gila besar!
Sakit rahang aku mengekek kat klinik tuh.haha

Tapi yang best,gambar perempuan pergi gym.
Aku an penah keje kat Fitness,so bende tu sangat
menggeletek hati aku then terus soh adik aku snap
gambar tu..



Tadaaaaa!!!!




Baju  die unik kot!hahahaha



Is it sport's attire????bunga-bunga???

HAHAH!


Si Gila.

Aku ade kawan.
Dia gila.
Aku pon tak paham.
Tapi sejujurnya dia gila.

HAHAH!

Beliau adalah sahabatku Nadiah.
Aku musykil macam mana dan bagaimana
dia ade idea untuk mengarut carut kat blog dia tuh.
Tatabahasa dan peribahasa lagi budi bahasa beliau
sangat urmmpp lagi bernas tatkala menyuarakan apa
yang terpendam di kepala hotak beliau.

Oh Nadiah.

Tapi yang best,ape yang die cakap tu betol.
Sungguh dia tak tipu hokay??

Aku penat gelak.Serius.!!
HAHAHAH!

Aku rasa aku pon dah gila.

May 06, 2013

PRU13

Assalamualaikum.

Seperti yang kita tahu,BN menang PRU13.
Aku redha tetapi aku anggap tidak adil setelah mengambil kira
ape yang terjadi pada pilihanraya ni.

Ye,bukan mudah untuk PR menang kali ini.
Mungkin Allah tidak mengizinkan lagi kemenangan di pihak PR.
Tapi aku agak sedih bila rakyat tertipu.

Kepada Malaysia,janganlah diungkitkan isu perkauman.
Ini lebih memudaratkan untuk kita sendiri.
Perkauman ini dicetuskan oleh merek yang jahat.
Baik di kalangan kita sendiri orang Melayu,
atau di kalangan orang India & Cina.
Tak semua Melayu baik.
Tak semua Cina jahat.
Tak semua India jahat.
Luaskan pemikiran kalian untuk menilai

Ini hanya pandangan aku.
Pandangan kerdil seorang rakyat Malaysia.
Pandangan dari seorang hamba Allah.

Penyokong PR,harap kalian sabar.
Jangan cepat melatah.
Perjuangan masih belum tamat.

Penyokong BN,andai pihak kalian betul,
bimbing kami ke arah kebenaran sepatutnya.
Andai pihak kami betul,moga Allah permudahkan
urusan kita semua.

Janganlah kalian mencaci sesama sendiri.
Jauhi sifat-sifat negatif.
Kitakan rakyat Malaysia..*senyum =)

Sekarang,hanya berdoa moga BN dapat mentadbir
Malaysia kita dengan telus & amanah.
Moga tanggungjawab dapat dipikul dengan kepimpinan
yang ikhlas demi agama,bangsa & negara.

Wassalam.

May 02, 2013

Ini Kalilah!

Aku tak sokong BN.
Semua orang ade pandangan masing-masing.
Kawan-kawan aku ade yang sokong BN.
Aku tak peduli.
Aku menilai pada fakta.
Pandangan kite berbeza.
Tapi aku respect sesama sendiri,
Selagi tidak melebihi batas-batasnya.
Aku tak pandai berhujah.
Cukup aku mahukan perubahan.
Adil tanpa tipu rakyat.
Negara demokrasi.
Tanpa ada kezaliman dalam tak sedar.
Moga Allah membantu hamba-Nya untuk PRU 13.
Ubahlah demi masa depan.
Buat la pilihan yang bijak 5 mei nanti.
Ini kalilaahh..!

April 15, 2013

Wedding Afifa My Cousin

Holla holla~
Okay aku boring so mari kite..
12 Mac 2013,sepupu aku yang dipanggil Kak Siti selamat menjadi
isteri kepada Fahmi.Tak silap dorang kenal dari teknik Klang dulu sampai
skang..Waahh~alhamdulillah jodoh panjang..
Meh kite tengok gambaaaarr~


tema purple okayy..eh,pengapit..=)



my big family..roy tade,papa pun tanak masuk frame..hihi


yang kiri tu my sista,ena..yang duduk tu my cousin syafirah..



alamak..mane kamera ni..uweeii~



my papa & mummy..sweet gitu..=)



oh yeah pengapit teman pengantin makan..woot woot~



timekasih banyak-banyak kat mummy for this peplum..hehe
mummy jahit peplum tapi bunga tu aku yang buat okay..

tahniah buat Kak Siti & Fahmi,moga kalian bahagia dunia akhirat,ameen.